‘Takde duit jangan bawa mak bapak makan’ – Viral Peniaga Restoran M4ki Pelanggan


‘Takde duit jangan bawa mak bapak makan’ – Viral Peniaga Restoran M4ki Pelanggan

Hanya kerana bertanya lauk apa yang masih ada, tiba-tiba pelanggan yang membawa keluarganya dari Singapura disembur oleh peniaga terbabit, “Kau datang pukul berapa? Kalau ada gajah, gajah pun habis.”

Sebelum ini dikatakan kedai ini pernah tular dengan insiden yang melibatkan seorang usahawan yang dihalau keluar oleh pemilik kedai ketika membuat live mempromosikan produknya.

“Kau datang dah pukul berapa kalau ada gajah, gajah pun habis,” kata pemilik kedai itu yang membuatkan wanita ini terkilan.

“Aku ni jiran atau anak-anak buah kau ke kau sound macam tu? Tapi aku ni fikir orang tua hidup pun dah tak lama malas layan, masih lagi order and terus makan sebab aku dah lapar sangat.

Kalau betul tak bagi kami makan kat sini, dengan secara warasnya sebagai manusia cakap dengan baik, ‘Maaf dik dh tutup’ atau, ‘Kami tak terima pelangan lagi, maaf’.

“Dari aku masuk sampailah dah bayar dan balik, perkataan maaf langsung tak ada. Sebelum ni dengar viral pasal makcik tu punya mulut, tak kena kat muka kita memang kita ok je, tapi bila dah kena baru tahu. Sakit s***l! Tak salah pun kena halau, kene maki ke s***!! Ni manusia ke apa?

“Bila mak aku bersuara, anak dia pulak menyampuk makikan mak aku,” katanya.

Beliau juga menyatakan, bil yang dikenakan ke atas hidangan mereka adalah berjumlah RM240.

Pembayaran dibuat tanpa bertanya mengenai caj bagi setiap hidangan tetapi pemilik kedai tersebut masih gigih melemparkan kata-kata biadap terhadap pelanggannya.

Ujar wanita ini lagi, beliau berasa malu dengan sikap dan tindakan pemilik kedai ini yang telah membawa imej buruk kepada negeri tersebut.

“Malu s*** orang luar tengok dan dengar sendiri orang Melaka berniaga nak bagi orang makan dengan cara macam ni. Walaupun orang luar tu dari Singapore sedara-mara aku, aku tetap rasa malu!”

Sumber: Isu semasa viral / airnws