Pendaki h4nyut: Bomb4 Jumpa k4k! M4ngsa Dan Menyerahkan Kepada Pihak Polis Untuk Tindakan Lanjut
Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pend4ki wanita yang dih4nyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai di sini pada Ahad. Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata,
k4ki bahagian kiri itu ditemui oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) yang ditugaskan untuk meng3san kedua-dua m4ngsa kira-kira jam 5.05 petang. Menurutnya, anggota badan itu dijumpai dalam jarak 300 meter dari lokasi terakhir m4ngsa dilihat sebelum hil4ng. “Berikutan itu, operasi kini giat dijalankan untuk meng3san kedua-dua m4ngsa yang masih hilang.
“Bantuan daripada Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM dan Pasukan Gerakan Am (PGA) diperlukan bagi membantu operasi yang ditangguhkan sementara,” katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Kampung Pos Atap Baru di sini.
Menurutnya, operasi akan digerakkan semula pada jam 8 pagi pada Isnin dengan memfokus kawasan laluan air sepanjang 800 meter. Sinar Harian melaporkan dua wanita dilaporkan hilang ketika mendaki bersama 27 pendaki lain di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai di sini pada Ahad dikhuatiri dihanyutkan kepala air.
M4ngsa yang hilang dikenali sebagai See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46, masing-masing dari Cheras dan Klang. Lokasi kejadian adalah di Hutan Simpan Kekal Gunung Suku yang terletak lebih kurang tiga jam perjalanan kaki dari jalan utama.
Semasa kejadian pada jam 5 pagi, sekumpulan pendaki gunung seramai 29 orang telah mendengar bunyi air dan tanah runtuh di atas gunung lalu mengambil keputusan untuk berpatah balik.
Namun, semasa dalam perjalanan turun ke kaki bukit, kepala air menimpa kumpulan pendaki tersebut dan dua daripada mereka (wanita) telah dih4nyutkan oleh arus deras.
Sumber: sinarharian