B4yi Dua Minggu Disuap Buah Oren, Tindakan Individu Ini Undang Kritik Warganet
Satu video yang memaparkan seorang wanita menyuap buah oren pada seorang bayi kecil berusia dua minggu telah menjadi tular di media sosial.
Tindakan wanita tersebut telah dibanjiri dengan pelbagai kritikan daripada warganet.
Insiden tersebut mula terbongkar selepas video wanita yang menyuap bayi berkenaan dengan buah oren itu dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram bernama @igtainmentt.
“Bayi berusia dua minggu diberi makan buah oren,” tulis kapsyen video tersebut.
Dalam video pendek itu, dapat dilihat bahawa bayi comel tersebut sedang berbaring di atas katil. Kemudian, bayi tersebut telah diberi makan oleh penjaganya.
Walaupun bayi yang masih kecil itu sepatutnya disusukan, namun wanita berkenaan telah menyuapkannya dengan sepotong buah oren.
Walaupun bayi tersebut dilaporkan telah menolak sebanyak dua kali, wanita itu tetap berkeras untuk memasukkan buah oren berkenaan ke dalam mulut bayi tersebut.
Akhirnya, bayi yang tidak diketahui jantinanya itu terpaksa menghisap buah oren tersebut.
Susulan daripada itu, tindakan wanita yang memaksa bayi tersebut memakan buah oren itu telah mendapat pelbagai kritikan daripada warganet.
“Walaupun tujuannya adalah untuk membuat content, fikirlah tentang bayi itu, kesian,” ujar seorang warganet.
“Dah lah salah bagi makan buah oren, paksa pulak tu,” tulis yang lain.
“Boleh buat laporan tak kes macam ni? Kesian melihatnya,” tulis seorang lagi.
“Kalau jadi apa-apa dekat bayi ni, jawablah dengan Allah,” seorang lagi memberi komen.
Sumber: Suara.com